Minggu, 25 Juli 2010

Cinta Terakhir - Aiman (OST Ilusi Drama TV3)



Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

Pelajar dapat ikan emas gergasi






Apabila seorang remaja, Nick Richards mendapati jorannya disentap, pelajar sekolah di Britain itu berharap umpannya dimakan seekor ikan kap.

Bagaimanapun, sebuah akhbar semalam melaporkan pelajar berusia 16 tahun itu terkejut apabila dia mendapat seekor ikan emas gergasi sepanjang 40.6 sentimeter (sm) dan berat 2.27 kilogram (kg) semasa memancing di sebuah tasik di bandar ini, selatan England, baru-baru ini.

Ikan peliharaan tersebut dipercayai dibuang oleh pemiliknya ke dalam tasik berkenaan dan ia kemudiannya membesar dengan cepat.

"Pada mulanya saya pergi ke tasik itu untuk memancing ikan kap. Saya pernah mendengar khabar angin bahawa terdapat seekor ikan kap gergasi dan saya berharap akan dapat melihatnya," katanya.

Menurutnya, dia berada selama dua hari dan dapat menangkap beberapa ikan kap yang besar.

"Namun, tiba-tiba , saya melihat seekor ikan berwarna keemasan yang besar di atas permukaan air," katanya.

"Ia tidak cedera dan saya melepaskannya semula ke dalam tasik setelah merakamkan gambar ikan tangkapan saya itu," katanya.

Rekod ikan emas terbesar di Britain sebelum ini berukuran 39.9sm panjang dengan berat 0.9kg.
Anda mungkin

Bunuh kekasih gelap isteri







Perasaan cemburu yang meluap-luap terhadap rakan senegara yang disyaki kekasih isterinya sejak tiga bulan lalu mendorong seorang lelaki warga Indonesia membunuh dan menanam mayat mangsa di belakang rumah kongsi di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara 6 di Puchong kelmarin.

Sebelum kejadian, suspek menghubungi mangsa yang bekerja sebagai konduktor bas dengan menyatakan hasrat untuk menceraikan isterinya agar dapat dikahwini oleh lelaki itu.

Bagaimanapun sebaik sahaja mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an tiba di tempat kejadian pukul 11 malam kelmarin, suami wanita itu muncul dengan tiga orang rakannya dan terus menangkap mangsa.
Anda mungkin juga meminati:

Anang Akan Berkahwin Dalam Masa Terdekat?







GOSIP hiburan Indonesia mengkhabarkan bahawa penyanyi Anang Hermansyah bakal menamatkan zaman dudanya pada 2010 ini.

Namun begitu Anang menafikan perkara tersebut, katanya sehingga saat ini, tiada lagi perempuan yang berani menjalinkan hubungan rapat dengannya.

"Kalau saya rapat sama seseorang wanita, mereka pasti akan disoal wartawan dan disebabkan takut akan hal itu, tiada seorang wanita yang berani rapat sama saya," ujarnya seperti dipetik dari detikhot.com.

Anang mengakui bahawa dia sebenarnya ingin segera untuk bernikah lagi. Kedua anaknya, Aurel dan Azriel turut mengizinkan dia mencari ibu baru buat mereka.

"Menjadi bapa tunggal sememangnya susah bagi saya. Jika saya dapat mencari pasangan hidup dalam masa terdekat ini mungkin lebih baik," ujarnya yang bakal menjadi juri Indonesian Idol musim ini.

Sejak menjadi duda, penyanyi lagu Separuh Jiwaku Pergi itu terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu. Hal-hal wanita kini kerap dilakukannya seperti menemani Aurel ke salon.

Selain itu, Anang juga sedang merapatkan hubungan dengan guru sekolah anak-anaknya yang dahulu tugas tersebut dilakukan bekas isterinya, Krisdayanti.

"Saya sedang cuba untuk mengenal pasti tahap pembelajaran mereka di sekolah. Saya akan mendorong dan menjaga mereka bagaimana untuk menjadi lebih baik," kata Anang.

Aku Wanita Biasa - Kris Dayanti




Maafkan Aku Bila Hasratku Keliru, Sulut Gairah Jiwamu, ku Yang Dosakan, Cinta Kekasih Hatiku.

Wajah Terbaru Hajah Datin Seri Siti Nurhaliza

Ini rupa Siti apabila balik dari mengerjakan haji, satu kenyataan akbar mengatakan siti akan berkekal berimej bertudung, baguslah macam itu jika siti bersikap begitu! Peminat pun menantikan penampilan Dato Siti Nurhaliza berimej bertudung, mungkin makin ramai yang menyukai nya jika berimej begini. Tak rugi duit beribu-ribu jika balik haji tidak mengjaga title hajah nya. Tak sabar nak tunggu kejutan yang untuk Anugerah Juara Lagu yang di kabarkan siti akan membuat kejutan. Buat yang terbaik! Good Luck








Website Menghina Negara Malaysia



Fiq dapat info dari seorang kawan, dia memberi link kepada fiq untuk membanteras gelaja tidak sihat ini, Bagi fiq, mereka ini tidak ada motif & berfikiran cetek! apa pulak pendapat kamu semua?

Ini topic yang berada dalam website itu :
  • UMNO Minta Rakyat dan Media Massa Hentikan Panggilan “Indon”
  • Malaysia Pakai Sentimen Agama dalam Pemilu
  • Malaysia Larang Rekrut Pekerja India dan Bangladesh
  • Memalukan! Menkes Malaysia Main Video Porno
  • Malaysia Mulai Ditinggalkan Wisatawan Indonesia

Click Here untuk korang lihat sendiri website itu : http://www.malingsia.com/





http://fiq-life.blogspot.com

instanx

tukar link

Total Tayangan Halaman