Minggu, 25 Juli 2010

Bunuh kekasih gelap isteri







Perasaan cemburu yang meluap-luap terhadap rakan senegara yang disyaki kekasih isterinya sejak tiga bulan lalu mendorong seorang lelaki warga Indonesia membunuh dan menanam mayat mangsa di belakang rumah kongsi di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara 6 di Puchong kelmarin.

Sebelum kejadian, suspek menghubungi mangsa yang bekerja sebagai konduktor bas dengan menyatakan hasrat untuk menceraikan isterinya agar dapat dikahwini oleh lelaki itu.

Bagaimanapun sebaik sahaja mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an tiba di tempat kejadian pukul 11 malam kelmarin, suami wanita itu muncul dengan tiga orang rakannya dan terus menangkap mangsa.
Anda mungkin juga meminati:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

instanx

tukar link

Total Tayangan Halaman