Bintang filem pornografi terkenal dari Jepun, Maria Ozawa menawarkan diri untuk berlakon bersama dengan penyanyi popular Indonesia, Ariel Peterpan kerana tertarik apabila melihat susuk tubuh dan ketampanan wajahnya, lapor akhbar Kompas semalam.
Dia yang terkenal dengan panggilan Miyabi dan pernah mencetuskan kontroversi menerusi beberapa buah filem berbaur lucah berkata, Ariel memang diminatinya bukan kerana skandal klip video seks dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari.
"Saya tertarik kerana dia memiliki fizikal tubuh impian wanita dan bukan sebab isu penyebaran video panas itu," kata Maria, 23, yang mendakwa kes Ariel, 29, mendapat perhatian di Jepun dan ramai bersimpati dengan nasib lelaki itu.
Model kacukan Jepun-Kanada-Perancis itu berkata, jika berpeluang dia mahu berlakon dengan Ariel dalam filem genre seram, komedi atau romantis kerana dia sudah meninggalkan bidang pornografi tiga tahun lalu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar